Saturday, November 13, 2010

Jom Ke www.adamfaiz.com

Atas tajaan percuma selama 1 tahun dari rezekimurah.com aku telah berpindah ke blog baru di www.adamfaiz.com. Jemputlah datang yea!!.. Jangan lupa singgah ke blo Bro Joe (rezeki murah).. macam-macam ada... :)

Monday, September 6, 2010

Usaha JPAM Johor Yang Patut Dicontohi

JOHOR BAHRU: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Johor melancarkan "Ops Bantu 1" bagi membantu pengguna jalan raya yang mengalami kesulitan ketika dalam perjalanan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung masing-masing.

Pengarahnya, Kol (PA) Ghazali Abdul Rahman berkata, seramai 48 pegawai dan anggota JPAM Johor di daerah Johor Baharu, Muar, Segamat, Batu Pahat, Pontian dan Kluang akan terbabit dalam operasi itu.

Saturday, September 4, 2010

Ops Sikap 22 - Jangan Jadi Sebahagian Daripada Statistik

KUALA LUMPUR: Sepuluh kematian dicatatkan pada hari pertama Ops Sikap ke-22, Jumaat.
Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman Supt Rasdi Ramli dalam satu kenyataan Sabtu berkata, daripada jumlah kematian itu, tujuh membabitkan motosikal, dua kereta dan satu lori.
Beliau berkata sebanyak 1,121 kemalangan dicatat pada hari pertama Ops Sikap itu yang dilancar sempena sambutan Aidilfitri.
Rasdi berkata jalan bandaran mencatatkan kemalangan tertinggi iaitu sebanyak 475 kes diikuti jalan persekutuan (281 kes), jalan negeri (183 kes), lebuh raya (115 kes) dan jalan-jalan lain sebanyak 67 kes.
Sebanyak 9,625 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya, katanya. Ops Sikap ke-22 akan berakhir pada 17 September.- BERNAMA
Pesanan untuk diri sendiri dan semua pengguna jalan raya di luar sana: Pandu dengan berhati-hati, jangan jadi sebahagian daripada statistik ngeri ini. Anda mampu mengubahnya!!

Wednesday, September 1, 2010

Merdeka & Hari Raya Buat Saudara

Kita sudahpun meraikan ulangtahun kemerdekaan yang ke 53 Malaysia. Tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, hari untuk kita bergembira dan mengunjungi sanak saudara. Alangkah bertuahnya kita dilahirkan di Malaysia, bumi bertuah! Tiada lagi peperangan, kacau bilau, segalanya aman tenteram.

Tapi dikala kita gembira jangan pula dilupa pada yang tiada. Ibubapa atau saudara yang telah pergi buat selama-lamanya. Teringat pada arwah abah yang pergi pada Januari lepas, pusaranya pasti ku ziarah.

Sunday, August 29, 2010

Biskut Semperit Ubat Sakit Perut (Yang Sedang Perit)

Puasa baru je lebih setengah bulan, dah ingat nak raya. Tapi ini tak boleh dielakkan. Mulalah terbayang rendang daging dan ketupat nasi emak..itu hidangan pagi. Kalau tengahari makan nasi + masak lomak cili api + ikan masin + petai (atau ulam yang lain). Adess terus perut aku jadi lapar...sabar...sabur...tak sabar...masuk kub**r :) . Yang ni bukan aku yang cakap, Nabil!

Saturday, August 28, 2010

Selepas Lisa Surihani, Farid Kamil Ada Kekasih Baru!

Farid dan Geetha - sungguh mesra sekali


Selepas hubungan sebagai "rakan artis" dengan Lisa Surihani, inilah dia rupa kekasih baru Farid Kamil. Dia tidak lagi mampu menyorokkan kekasih barunya kerana semua orang akan tahu tidak lama lagi. Tak percaya? Gambar di atas belum cukup sebagai bukti?

Friday, August 27, 2010

9 Tahun Bersama Sarah

Hari ini 27 Ogos 2010 genap 9 tahun aku bersama Sarah. Tak pernah jemu mama dan papa melayan kerenahnya walaupun kadangkala hilang sabar.

Sarah memang ingat hari lahirnya. Sudah beberapa hari dia mengira, "lagi 3 hari" esoknya "lagi 2 hari".Bila di tanya, "Takde apa-apa" katanya kerana menyangka mama dan papa lupa tentang hari yang ditunggu-tunggu. Papa tak janjikan apa-apa, tapi mama mungkin dah membeli hadiah untuknya.

Sunday, August 22, 2010

Takde Bunga Api Pun Raya Meriah Jugak

Sewaktu berjalan ke bazar ramadan semalam aku lalu di depan gerai menjual bunga api dan mercun. Anak-anak dah nampak excited, mata tetiba bersinar-sinar. "Pa malam nanti kita main bunga api eh?" tanya si kecil. Kesian pulak aku tengok, lagipun isteri dah pesan suruh belikan sikit biar diorang happy. Aku beli juga lah..2-3 bungkus je..yang berasap tu dan telur naga (macam2 nama pulak sekarang).

Friday, August 20, 2010

Kalau Aku Ada $350 Juta..

Apa yang aku nak buat kalau aku ada $350 juta? Jawapan standard; beli rumah, belikan rumah untuk mak, bercuti sekeluarga ke luar negara, pelaburan dalam hartanah, simpanan. Banyak lagi balance ni! Tapi itu cuma KALAU..dan di dunia nyata, aku nak ada lebihan RM350 sebulan pun susah, cukup makan je. Tapi kita kena bersyukur ye tak? Sebab aku mungkin jauh lebih bertuah daripada orang yang terpaksa makan air kanji setiap hari.

Selalunya manusia camtulah (aku lah) sebelum dapat, plan bukan main. Nak tolong sana, derma sini. Tapi bila dah dapat terus lupa diri. Takpelah takde $350 juta pun tak pe. Nanti kita sama-sama tengok gelagat orang yang menang loteri $350 juta. Kita layan movie Lottery Ticket ni, tak dapat duit, tapi hiburan je la...ok lah tu kan? Daripada kaya tapi hidup tak gembira.Kalau korang ade duit sebanyak tu, apa korang nak buat?  Bukan menang loteri la..mungkin sebab berniaga ke, dapat untung gile2...Share la...(angan-angan tak berdosa).

Monday, August 16, 2010

Tanda Kiamat Yang Sudah Kelihatan

Salam..Berikut ialah ringkasan sebuah tazkirah selepas tarawih:

Maksud dari sebuah hadis Nabi Muhammad S.A.W.

Diceritakan tentang kisah malaikat Jibrail yang menyerupai seorang Islam datang berjumpa dengan Nabi Muhammad dan bertanya beberapa soalan.