Fahrin nampaknya dah geram sangat hingga sanggup mengambil tindakan menyaman bekas kekasihnya Linda Onn. Hari tu kita tengok Fahrin menitiskan airmata kerana katanya tindakan Linda Onn mencalar kredibilitinya sebagai seorang artis. Fahrin dikatakan kaki pukul dan tidak menghormati wanita. Walau apa pun masalah antara Fahrin, Linda dan Scha, hanya mereka sahaja yang mengetahuinya. Aku tak menyebelahi mana-mana pihak. Tapi aku rasa baik Linda mahupun Fahrin, kedua-duanya terlalu ego. Masalah ini boleh diselesaikan dengan baik tanpa melibatkan mahkamah. Sekarang ia dah menjadi isu yang panas dan menjadi bualan. Akhirnya, timbul la tuduhan yang akan membuka aib kedua-duanya. Siapa yang malu? Diorang jugak....
Ramai lagi artis yang menghadapi masalah dalam perhubungan mereka. Carilah jalan penyelesaian. Linda mendakwa hanya menjawab soalan wartawan, Fahrin menuntut kemaafan. Tindakan saman hanya akan mengeruhkan keadaan. Lagipun aku rasa kemungkinan untuk Fahrin menang kes ni adalah tipis. Tapi itu hanya pendapat aku.
Budaya saman menyaman ni dah macam menjadi trend pulak sekarang. Aku tersenyum sendiri bila teringat berita di radio pagi tadi. Seorang bapa bakal menyaman pengeluar kasut kerana kaki anaknya tersangkut di escalator. Saman la ...untung-untung boleh kaya.hah!.....
3 comments:
Trimas bro Cyza...
ntahla. dah jadi budaya artis malaysia sekarang..
Post a Comment