Piala Dunia menjadi agenda harian bagi ramai orang sekarang ni. Park Ji Sung juga tidak terkecuali walaupun baru sahaja sembuh dari
kecederaan tempoh hari. Sekarang dia berminat pula hendak menjadi goal keeper setelah melihat aksi diving dan terbang yang spectacular.
 |
| Gaya goal keeper..takde glove stokin pun jadi.. |
IKLAN: GERMANY KALAHKAN ENGLAND....YEAH!!!
Malam semalam sungguh malang buat Park Ji Sung. Kakaknya yang sedang asyik menonton TV diajaknya bermain bola. Si kakak membaling bola dan Park Ji Sung pun dive untuk menyelamatkan keadaan. Tiba-tiba dia meraung kesakitan. Sesuatu yang buruk telah berlaku. Aku sangkakan dia hanya tergeliat, jadi ku urut bahunya dengan minyak panas. Pergerakannya jadi terbatas. Nak bangun sakit, nak berpusing sakit.
Pagi tadi aku bawa dia ke hospital dan doktor menasihatkan untuk menjalankan x-ray bagi menentukan tahap kecederaan. Sah! Tulang bahunya patah. Si ibu membebel dan memarahinya,
"jangan main bola lagi". Aku juga menjadi mangsa bebelan kerana kononnya menggalakkan dia untuk bermain bola sepak.
"Tak boleh main bola? Takkan nak main netball kot", kataku. Si ibu menjeling, marah lah tu...
 |
| Patah!!! |
Satu demi satu insiden menyebabkan si ibu melarang keras dia bermain bola sepak lagi. Mungkinkah Park Ji Sung bersara awal dari arena bola sepak?
 |
| Anduh Sin Chan yang dipilihnya...tak dapat main, pegang bola je la.. |
2 comments:
memang gila bola nie
@touya
Memang minat men bola sejak kecik...ikut bapak kot :)
Post a Comment