KUALA LUMPUR: Sepuluh kematian dicatatkan pada hari pertama Ops Sikap ke-22, Jumaat.
Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman Supt Rasdi Ramli dalam satu kenyataan Sabtu berkata, daripada jumlah kematian itu, tujuh membabitkan motosikal, dua kereta dan satu lori.
Beliau berkata sebanyak 1,121 kemalangan dicatat pada hari pertama Ops Sikap itu yang dilancar sempena sambutan Aidilfitri.
Rasdi berkata jalan bandaran mencatatkan kemalangan tertinggi iaitu sebanyak 475 kes diikuti jalan persekutuan (281 kes), jalan negeri (183 kes), lebuh raya (115 kes) dan jalan-jalan lain sebanyak 67 kes.
Sebanyak 9,625 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya, katanya. Ops Sikap ke-22 akan berakhir pada 17 September.- BERNAMA
Pesanan untuk diri sendiri dan semua pengguna jalan raya di luar sana: Pandu dengan berhati-hati, jangan jadi sebahagian daripada statistik ngeri ini. Anda mampu mengubahnya!!
8 comments:
semoga selamat sampai ke destinasi..
@Lan Bingka
Tima kasih..selamat pulang berhari raya..!!
Semoga semua selamat & tiba ke destinasi dgn gembir & ceria. i'Allah. Aamiin.
@Hadi Rofiee
Ya..untuk saudara jugak..aminn
semoga semua dapat bersedia yang rapi sebelum pulang ke kampung...
berhati-hati di jalan raya, jangan layan sangat emosi semasa memandu walau kena potong kiri oleh pemandu yang tak berhati perut setelah kita beratur panjang.
pendek kata jangan sampai hilang sabar, bimbang nanti diri kita akan menjadi sebahagian statistik tu dan lebih malang lagi kalau kerana kita orang yang tak bersalah juga menjadi mangsa.
salam perkenalan..idea nama blog lebih kurang hehe
@Mohd Ishamuddin bin Ishak
salam...sila la berkunjung ke domain baru di www.adamfaiz.com..terima kasih sudi singgah
Post a Comment